About Me

Nama penuh aku Mohd Zahid Bin Idris.Aku dilahirkan di Kampung Hangus,Baling,Kedah pada 6 April 1984 tepat jam 8.00 pagi.
Bapa aku bernama Idris Bin Abdul Hamid iaitu seorang peniaga kedai runcit manakala emak aku,Fatimah Bt Ahmad adalah suri rumah sepenuh masa.
Aku mempunyai seorang kakak,seorang abang dan 2 orang adik.Jadi,aku adalah anak yang ke-3 daripada 5 adik-beradik.
Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Syed Sheh yang terletak berhampiran dengan rumahku pada tahun 1991 sehingga 1996.
Selepas itu aku meneruskan pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai (1997-1999), juga terletak berhampiran rumahku.
Pada tahun 2000 aku berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kulim,Kedah (2000-2001) dan menginap diasrama sekolah.
Selepas itu, aku melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau,Perlis (2002-2005) dalam jurusan Diploma Sains Komputer.
Setelah tamat pengajian diploma, aku terus memasuki alam pekerjaan walaupun ramai rakanku menyambung pengajian peringkat ijazah.
Untuk permulaan di alam pekerjaan aku bekerja sebagai operator kilang di Kilang Dell,Bukit Minyak,Penang selama 4 bulan.
Selepas itu, aku mendapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta di Sungai Besi,Selangor sebagai ‘programmer’ komputer.
Syarikat tersebut bernama Scanix Technologies Sdn. Bhd. iaitu tempat aku bekerja sekarang.


Post a Comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Find entries :