Band Rock Dan Seni Silat

Written on November 23, 2007 – 6:02 pm | by zahidz |

Hari ini aku masuk pejabat seperti biasa.Cuma aku terlewat hampir 2 jam kerana menyelesaikan masalah aku dengan pihak bank berkenaan pinjaman ASB aku.Di pejabat, seperti biasa lenggang dan sunyi.Hanya 3 orang pekerja sahaja yang ada termasuk diriku.Syarikat aku mempunyai 8 orang pekerja semuanya temasuk bos aku.Mungkin yang 5 orang lagi tu, mempuyai kerja-kerja di luar pejabat.Kenapa aku tidak ada kerja di luar pejabat.Asyik duduk terperap di dalam pejabat jer, mangadap komputer hari-hari.Ahhh..Bosannya aku.Mungkin kerja programmer memang ditakdirkan begini.Bagi menghilangkan rasa bosan dalam diriku,aku menghabiskan masa dengan berchating dan surf internet mencari web/blog yang menarik.Aku buka laman web youtube untuk mencari lagu yang best.Aku amat suka pada lagu band rock zaman 80an seperti xpdc, search, wings, lefthanded, rusty blade, iklim, dan sebagainya.Kumpulan yang paling aku minat sudah semestinya band BPR.Kebanyakkan lagu band BPR semuanya best2 belaka terutamanya lagu yang bertajuk Harum Subur Di Hati.Tengok video klip dibawah nie.Memang tangkap lentoq.

Setelah puas layan lagu-lagu rock zaman 80an, aku teringatkan sesuatu iaitu “SILAT”.Entah la kenapa tiba-tiba sahaja perkataan silat muncul dikepala otak aku.Silat, adalah seni mempertahan diri yang paling aku minat.Ianya juga lambang bangsa melayu.Sebut sahaja perkataan “silat”, mesti ditujukan kepada orang melayu.Masa zaman persekolahan dulu aku memang aktif dengan persatuan silat.Teringat pula aku kenangan manis dan pahit pada zaman itu.Masa tu silat memang terkenal.Filem atau drama di tv kebayakkannya berkisar tentang silat.Filem silat yang aku minat adalah Keris Hitam Bersepuh Emas dan juga Hati Waja.Sekarang???? Filem atau drama berkisar tentang silat sudah kurang ditayangkan di kaca tv.Filem atau drama berbau cinta sahaja yang sering ditayangkan di tv.Mungkin filem atau drama silat kurang mendapat sambutan daripada penonton berbanding filem tentang cinta.Mungkin?? Pada zaman sekarang kebayakkan pelajar dan juga remaja sudah tidak berminat lagi dengan seni silat.Mungkin mereka menganggap silat tidak lagi penting pada zaman moden ini.Silat, sudah hilang taringnya.Semakin hari semakin hilang dalam diri bangsa melayu.Mudah-mudahan seni silat tidak pupus dari bangsa melayu kerana silat adalah jiwa bangsa melayu. Aminn… Bagi yang tidak pernah menonton filem atau drama persilatan, disini aku sertakan sekali keratan drama seni silat “Keris Hitam Bersepuh Emas” lakonan Eman Manan.(Maaf, ini sahaja yang aku jumpa)

Post a Comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Find entries :