Archive for November, 2007

Peliknya umatku….

Friday, November 30th, 2007

Peliknya umatku….
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.

Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku….
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan
terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku….
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku….
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit ***a.

Peliknya umatku….
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku….
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku….

setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan…..

p/s : bersamalah kita sentiasa mengigatkan antara satu sama lain supaya kita tidah mudah alpa dengan keindahan dunia.

Band Rock Dan Seni Silat

Friday, November 23rd, 2007

Hari ini aku masuk pejabat seperti biasa.Cuma aku terlewat hampir 2 jam kerana menyelesaikan masalah aku dengan pihak bank berkenaan pinjaman ASB aku.Di pejabat, seperti biasa lenggang dan sunyi.Hanya 3 orang pekerja sahaja yang ada termasuk diriku.Syarikat aku mempunyai 8 orang pekerja semuanya temasuk bos aku.Mungkin yang 5 orang lagi tu, mempuyai kerja-kerja di luar pejabat.Kenapa aku tidak ada kerja di luar pejabat.Asyik duduk terperap di dalam pejabat jer, mangadap komputer hari-hari.Ahhh..Bosannya aku.Mungkin kerja programmer memang ditakdirkan begini.Bagi menghilangkan rasa bosan dalam diriku,aku menghabiskan masa dengan berchating dan surf internet mencari web/blog yang menarik.Aku buka laman web youtube untuk mencari lagu yang best.Aku amat suka pada lagu band rock zaman 80an seperti xpdc, search, wings, lefthanded, rusty blade, iklim, dan sebagainya.Kumpulan yang paling aku minat sudah semestinya band BPR.Kebanyakkan lagu band BPR semuanya best2 belaka terutamanya lagu yang bertajuk Harum Subur Di Hati.Tengok video klip dibawah nie.Memang tangkap lentoq.

Setelah puas layan lagu-lagu rock zaman 80an, aku teringatkan sesuatu iaitu “SILAT”.Entah la kenapa tiba-tiba sahaja perkataan silat muncul dikepala otak aku.Silat, adalah seni mempertahan diri yang paling aku minat.Ianya juga lambang bangsa melayu.Sebut sahaja perkataan “silat”, mesti ditujukan kepada orang melayu.Masa zaman persekolahan dulu aku memang aktif dengan persatuan silat.Teringat pula aku kenangan manis dan pahit pada zaman itu.Masa tu silat memang terkenal.Filem atau drama di tv kebayakkannya berkisar tentang silat.Filem silat yang aku minat adalah Keris Hitam Bersepuh Emas dan juga Hati Waja.Sekarang???? Filem atau drama berkisar tentang silat sudah kurang ditayangkan di kaca tv.Filem atau drama berbau cinta sahaja yang sering ditayangkan di tv.Mungkin filem atau drama silat kurang mendapat sambutan daripada penonton berbanding filem tentang cinta.Mungkin?? Pada zaman sekarang kebayakkan pelajar dan juga remaja sudah tidak berminat lagi dengan seni silat.Mungkin mereka menganggap silat tidak lagi penting pada zaman moden ini.Silat, sudah hilang taringnya.Semakin hari semakin hilang dalam diri bangsa melayu.Mudah-mudahan seni silat tidak pupus dari bangsa melayu kerana silat adalah jiwa bangsa melayu. Aminn… Bagi yang tidak pernah menonton filem atau drama persilatan, disini aku sertakan sekali keratan drama seni silat “Keris Hitam Bersepuh Emas” lakonan Eman Manan.(Maaf, ini sahaja yang aku jumpa)

Things That Make Life Easier… Or Not

Wednesday, November 21st, 2007

CUP & COOKIES

Smart cup in which you can put 2-3 of your favourite cookies. You don’t need extra plates. It’s made for right handed and left handed.



BANANA GUARD - Protect Your Banana!Are you fed up with bringing bananas to work or school only to find them bruised and squashed? Banana Guard allows you to safely transport and storage individual bananas letting you enjoy perfect bananas anytime, anywhere.


(more…)

20 November 2007

Tuesday, November 20th, 2007

Ahhh…komputer aku jadi lembab.Nak bukak fail pun ambik masa yang lama.Pastu kekadang tu fail exe xbleh bukak plak. So, kena restart balik la. Aku suspect komputer aku dah kena virus. Tapi aku xtau virus apa. Hari nie aku ambik masa sehari untuk mengformat laptop aku. Nak install driver ngan software la. Kan dah rugi masa keja aku. Makan gaji buta la aku ari nie. Hehehhe…

Post yang pertama

Monday, November 19th, 2007

Assalamualaikum….

Blog ini di bangunkan pada 19 November 2007 tepat jam 5.15 petang dan ini adalah post yang pertama.

Find entries :