Keluarga Aku

Written on January 16, 2008 – 9:11 am | by zahidz |

image010.jpg

Ini ayah aku dan cucu pertama beliau merangkap anak buah aku yg pertama….

image07.jpg

Nie lak adik aku bersama dengan anak buah aku yg kedua….baru berusia 4 minggu.

image008.jpg

Nama beliau ialah Ahmad Danish Qayyum Bin Nazri. Beliau dilahirkan pada 15 disember 2007.

Program “Welcome Back SMTK” Sesi 2000/2001

Written on January 14, 2008 – 10:24 am | by zahidz |

smtk.jpg

Kepada semua ex-smtk batch 2000/2001, anda dijemput menyertai program ini.Maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada group friendster

Teknik Kulim

http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=17604

Dikir Barat Crazy Frog

Written on January 5, 2008 – 2:38 pm | by zahidz |

Aktiviti minggu lepas

Written on December 18, 2007 – 12:03 pm | by zahidz |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama juga yer saya tak kemaskini(update) blog ini. Posting yang terakhir sekali bertarikh 4hb disember. Ini bermakna blog ini tidak di update hampir 2 minggu. Lama jugak tue. Hehehhee…..Nak buat camna sibuk la katakan. Minggu lepas jer saya tak masuk ofis selama seminggu kerana bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Di sana saya ditugaskan untuk membangunkan laman webJabatan Bomba bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran. Sebenarnya, ini adalah first projek syarikat saya kerana sebelum ini syarikat saya bergantung kepada penjualan produk dan bukannya berasaskan projek. InsyaAllah projek-projek yang lebih besar lagi akan menyusul kemudian dan sepatutnya saya bersedia menghadapinya. Hari-hari sibukmu akan bermula selepas ini…….zahid

Beauty of Math!

Written on December 3, 2007 – 5:44 pm | by zahidz |

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321 ———— ——— ——— ——— ——— ———

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
———— ——— ——— ——— ——— ——— ——

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
987654321 x 9 - 1 = 8888888888
9876543210 x 9 - 2 = 88888888888

Brilliant, isn’t it?

———— ——— ——— ——— ——— ———
And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

———— ——— ——— ——— ——— ——— —

Now, take a look at this…

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are
giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants
you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here’s a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O
P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If:
H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN,
look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with
mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge
will get you close, and Attitude
will get you there,
It’s the Love of God that will
put you over the top!

Peliknya umatku….

Written on November 30, 2007 – 10:01 pm | by zahidz |

Peliknya umatku….
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.

Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku….
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan
terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku….
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku….
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit ***a.

Peliknya umatku….
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku….
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku….

setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan…..

p/s : bersamalah kita sentiasa mengigatkan antara satu sama lain supaya kita tidah mudah alpa dengan keindahan dunia.

Band Rock Dan Seni Silat

Written on November 23, 2007 – 6:02 pm | by zahidz |

Hari ini aku masuk pejabat seperti biasa.Cuma aku terlewat hampir 2 jam kerana menyelesaikan masalah aku dengan pihak bank berkenaan pinjaman ASB aku.Di pejabat, seperti biasa lenggang dan sunyi.Hanya 3 orang pekerja sahaja yang ada termasuk diriku.Syarikat aku mempunyai 8 orang pekerja semuanya temasuk bos aku.Mungkin yang 5 orang lagi tu, mempuyai kerja-kerja di luar pejabat.Kenapa aku tidak ada kerja di luar pejabat.Asyik duduk terperap di dalam pejabat jer, mangadap komputer hari-hari.Ahhh..Bosannya aku.Mungkin kerja programmer memang ditakdirkan begini.Bagi menghilangkan rasa bosan dalam diriku,aku menghabiskan masa dengan berchating dan surf internet mencari web/blog yang menarik.Aku buka laman web youtube untuk mencari lagu yang best.Aku amat suka pada lagu band rock zaman 80an seperti xpdc, search, wings, lefthanded, rusty blade, iklim, dan sebagainya.Kumpulan yang paling aku minat sudah semestinya band BPR.Kebanyakkan lagu band BPR semuanya best2 belaka terutamanya lagu yang bertajuk Harum Subur Di Hati.Tengok video klip dibawah nie.Memang tangkap lentoq.

Setelah puas layan lagu-lagu rock zaman 80an, aku teringatkan sesuatu iaitu “SILAT”.Entah la kenapa tiba-tiba sahaja perkataan silat muncul dikepala otak aku.Silat, adalah seni mempertahan diri yang paling aku minat.Ianya juga lambang bangsa melayu.Sebut sahaja perkataan “silat”, mesti ditujukan kepada orang melayu.Masa zaman persekolahan dulu aku memang aktif dengan persatuan silat.Teringat pula aku kenangan manis dan pahit pada zaman itu.Masa tu silat memang terkenal.Filem atau drama di tv kebayakkannya berkisar tentang silat.Filem silat yang aku minat adalah Keris Hitam Bersepuh Emas dan juga Hati Waja.Sekarang???? Filem atau drama berkisar tentang silat sudah kurang ditayangkan di kaca tv.Filem atau drama berbau cinta sahaja yang sering ditayangkan di tv.Mungkin filem atau drama silat kurang mendapat sambutan daripada penonton berbanding filem tentang cinta.Mungkin?? Pada zaman sekarang kebayakkan pelajar dan juga remaja sudah tidak berminat lagi dengan seni silat.Mungkin mereka menganggap silat tidak lagi penting pada zaman moden ini.Silat, sudah hilang taringnya.Semakin hari semakin hilang dalam diri bangsa melayu.Mudah-mudahan seni silat tidak pupus dari bangsa melayu kerana silat adalah jiwa bangsa melayu. Aminn… Bagi yang tidak pernah menonton filem atau drama persilatan, disini aku sertakan sekali keratan drama seni silat “Keris Hitam Bersepuh Emas” lakonan Eman Manan.(Maaf, ini sahaja yang aku jumpa)

Things That Make Life Easier… Or Not

Written on November 21, 2007 – 5:03 pm | by zahidz |

CUP & COOKIES

Smart cup in which you can put 2-3 of your favourite cookies. You don’t need extra plates. It’s made for right handed and left handed.



BANANA GUARD - Protect Your Banana!Are you fed up with bringing bananas to work or school only to find them bruised and squashed? Banana Guard allows you to safely transport and storage individual bananas letting you enjoy perfect bananas anytime, anywhere.



Read the rest of this entry »

20 November 2007

Written on November 20, 2007 – 5:45 pm | by zahidz |

Ahhh…komputer aku jadi lembab.Nak bukak fail pun ambik masa yang lama.Pastu kekadang tu fail exe xbleh bukak plak. So, kena restart balik la. Aku suspect komputer aku dah kena virus. Tapi aku xtau virus apa. Hari nie aku ambik masa sehari untuk mengformat laptop aku. Nak install driver ngan software la. Kan dah rugi masa keja aku. Makan gaji buta la aku ari nie. Hehehhe…

Post yang pertama

Written on November 19, 2007 – 5:14 pm | by zahidz |

Assalamualaikum….

Blog ini di bangunkan pada 19 November 2007 tepat jam 5.15 petang dan ini adalah post yang pertama.

Find entries :